
Alhamdulillah, berkat kawan-kawan di alam cyber ni aku berjaya mancapai impian, ceeewahhh, tak lah, dengan ni aku berjaya buat self-host blog. Semua berkat dari Nya.
Dengan ini secara rasmi aku akan mengendalikan segala post dan liku-liku hidup aku ke dalam nazzwtf.com.
kawan-kawan masuk kedalam nazzwtf.com yer…update bookmark tu sekali dan update backlink tu yer..hahaha apa aku merapu la..
Monday May 5 @ 11:01pm
Lai lai lai..panas panas..Mari-mari beli hosting dan domain murah. Jom beli di…….di mana?? di SyokHost lah..Kenapa di syokhost,padahal banyak hosting dengan domain murah lagi berlambak lambak dekat luar sana tu. Sebab syokhost di usahakan 100% oleh anak jati melayu kita. Jadi siapa lagi nak suppot mereka jikalau bukan kita. Jadi beralih lah ker hosting dan domain sendiri.Pssttt!! aku dengar ader promotion,harga dekat atas setelah tolak discount. Nak tau lebih lanjut?Klik la link tu.
simple giler post aku,masih memikirkan nak ambik ker tak pakej ni.
Friday Apr 4 @ 02:47am
Ann?? Ann-natasia? sapekah beliau?anak menteri?ahli majestrit?hah pemain alat muzik?wahahaha tak der lah, ann adalah kawan aku yang paling friendly di Geng blogger. Kenapa aku berkata begitu. Kerana aku mengakuinya. Ann suke pergi kerja dan amat rajin bekerja(padahal men chat kat GB) heheheh..
Ann lahir pada 22081986 ini bermakna ann hampir menjadi anak merdeka(nak dekat 31 tu),Ann amat periang dan merupakan amoi yang amat friendly aku pernah jumpe(die amaoi,aku sendiri pon x percaye mula-mula). Aku nak tengok ann pakai tudung, mesti cute-cute sweet kan die. Hehehehe..
Time aku tulis entry ni aku asyik nak tergelak pasal aku tak pernah jumpa pun si Ann ni,tapi aku taip seolah olah cam member yang dah lame kenal,Oh lupa Ann janji nak bagi RM200.00 kalau menang kontest ni. Jadi kepada Ann t kalo bace ni jangan senyum sorang-sorang yer, t orang ingat ann dah sewel(mmg die sewel pon).
Mari join kontest Ann…heheh
Friday Apr 4 @ 12:57amHari tu aku balik ke kampung halaman(padahal KL je pun) hari sabtu lepas. Balik sebab nak mohon restu ayah bonda la, exam final kan nak dekat dah ni, takkan tak reti-reti nak balik rumah kot. Jadi nak di jadikan cerita aku pon balik bersama-sama ehem-ehem. Hehehehe. Dah-dah, malas nak taip ni, tengah ada masa kelapangan ni aku pon taip lah kejap, lama tak update ni pasal busy giler vavi.
Hari sabtu tu malam ahad aku pergi jalan-jalan mencari ketenangan daripada kerja-kerja assignment yang berlambak-lambak daripada kolej. Plan jadi dengan pergi 4 bijik kereta. Ramai kan kawan-kawan aku yang pergi sampai 4 bijik kereta. Start pergi dah lari plan dah,plan gerak lepas isya, tapi apakan daya aku yang buat plan lari pasal aku tertido, hahahah last-last nak dekat pukuk 10.30 baru gerak.
Mula-mula pergi makan dulu, dekat Bangi member aku bawak, nama restoran aku tak ingat, tapi suasana ala-ala vilage view bajet suasana kampung yang tenang aman lagi murni la konon. Malam tu juga member aku yang sorang ni ader buat pengumuman yang die nak bertunang. kepada syafiq a.k.a Papit tahniah weh(gambar die yang pakai baju biru nike).

ni ader gambar yang kiterorang tangkap. Best jugak la.
Lepas makan bertolak pergi Putrajaya pulak, lepak dekat jambatan yang ala-ala jambatan pulau pinang bak kata ehem-ehem aku yang pestime datang situ. View dan angin yang sempoi-sempoi buat kiteorang rasa tenang sekejap, sekejap jer la pastu mula la huru hara, hahahaha. Nak tengok apa yang huru-hara? meh tengok gambar ni.
Wednesday Apr 4 @ 07:34pm