Semalam aku memang tension, sebab apa? ada la, tapi tension itu terubat dengan ada nya rakan-rakan ku, Yang ada pada malam itu Ed, Zul, Syam, Moon, Mael dan ada la yang lain-lain lagi, tapi aku tak larat nak menaipnya dekat sini, kalau aku cerita pon bukan korang kenal pon. Mereka semua plan nak pergi minum-minum, aku pon gatal-gatal juga nak ikut, bosan siot duduk rumah je, ada bola pon Kedah lawan N.9.
Ok nak dijadikan cerita kami pon melepak di dataran ipoh, selesai minum-minum borak-borak kami pon meneruskan perjalanan lepak di padang polo pula, keadaaan di situ pada waktu malam memang ramai budak-budak yang melepak, dan tidak ketinggalan di situ juga port bapok-bapok dan maknyah melepakkan diri mereka.
Pada mulanya kami lepak-lepak tiada orang pon di kawasan kami, tapi lama kelamaan ada yang datang lepak di port kami ini, mula nya kami ingat awek la yang lepak di situ, sekali bapok la, auuuu(garau) wahahaha. Body perghh cutting kalah perempuan, dress up ala-ala top model gitu,wahahaha geli-geli. Kami pon buat tak tau je, tapi dah memang dasar naluri lelaki, konfom nak mengacau sakat si bapok ni. Kami pon apa lagi,tegur-tegur la bapok-bapok yang bajet hot ini, muka bapok tersebut amat la mengerikan(bagi aku la), aku malas nak cerita lagi la pasal bapok ni, cerita benda lain la pulak.
Ok selepas daripada itu kami pon blah dari padang polo pasal mencurigai terdapat mata-mata disitu. Blah la apa lagi, Lepas tu kami boleh bincang nak pergi mana lagi, last-last kata akhir dan kata putus kami nak pergi ke lumut, daripada hanya dua kereta terus jadi 3 kereta,nak pergi jalan-jalan punya pasal, jam pula menunjukkan pukul 2.45 a.m, korang agak-agak waktu tu korang wat apa ya?hahaha konfom tido kan.

Dengan berbekalkan bodykit skyline enjin iswara kami pon merembat kereta dengan kadar kelajuan 140 km/j. Laju tak? Slow je kan. Sampai di Lumut perasaaan begitu lega, hati terasa tenang dengan angin sempoi-sempoi berbudi bahasa. Tenang je, waktu sampai tu dah dekat pukul 4 a.m. Kemudian lepas jalan-jalan ambil gambar kami pon lepak dekat Lumut nasi kandar tak salah aku restoran tu punya nama. Lepak perkena nescafe O ais sikit, stok untuk tahan mengantok pasal masing-masing mata dah naik rabak dah. Kami blah dari lumut pukul 6 a.m. Sampai di Ipoh kembali pukul 7 a.m.
Sampai-sampai ipoh terus aku tumbang,wahahaha penat punya pasal.
Ok disini aku nak terangkan dekat korang apa itu padang polo apa itu lumut.
Padang polo = TAMAN REKREASI SULTAN AZLAN SHAH
Lumut = Baca di sini
Sunday Apr 4 @ 06:39pm