Function bersama rakan-rakan KPTM & Geng Blogger

Hari ini hari jumaat, dengan sukaria dan damai indah aku telah pergi bermandi manda sekali lagi di air terjun sungai Kinta, kali ini dengan member-member aku pula dan tidak ketinggalan ini menjadikan event geng blogger tidak rasmi,wahahahaa. Sebab apa ada geng blogger? Sebab budak-budak ni pon ada join geng blogger juga. Ini menjadikan hangout tidak rasmi kitaorang. Rugi korang tak pergi sekali.

Perjalanan bermula dengan dua buah kereta dan tiga motorsikal, aku berempit dan menjadi samseng jalanan dengan Mael dan Apit a.k.a Ex-hacks. Yang lain-lain naik kereta(aku tak mampu pon nak bawak kereta bukan anak orang kaya pon)heheheh.

Si Apit dari nak balik umah dia kat Taiping terus tak jadi balik pasal aku hasut beliau,wahahahaha. Terus jadi nak ikut mandi sama-sama. Samapi-sampai terus cari port baik dan terus mandi-manda. Best-best, tiba-tiba hujan pula berteduh la kejap.

Berteduh berteduh juga tapi jangan lupa bergambar perlu juga, bergambar la sekejap kan. Hehehe. Lepas hujan reda, kami redah pula pergi makan di dataran Ipoh, kat situ sedap sikit nak melepak ramai-ramai, asyik-asyik kedai mamak je bosan gak kan. Nak makan pon bergambar lagi. Hahahaha.

Lepas makan masing-masing pon balik..

Saturday Apr 4 @ 03:42am
tagged as: sungai. perak. malaysia. ipoh. photography.


blog comments powered by Disqus
»
«


powered by tumblr | themed by fusels